Sunday, January 16, 2011

Si Dia Yang Ku Cinta (?)

Sha Na Na

Artist: Amy Mastura

Kenapa, mengapa, usah ditanya
Kemana, di mana ohh tiada bezanya
Hatiku ceria bagai sang suria
Hari minggu hari bergembira

Hilangkan rasa rasa curiga
Duka dan nestapa
Mari kita menyanyi
Lagu sha na na na na
Esok kerja, jadi hari ini
Kita berjumpa dengan
Si dia yang tercinta

Hilangkan segala
Duka dan nestapa
Mari bergembira
Dengan lagunya
Sha na na na na
Na na na na
Na na na na

Lirik Ikhsan http://www.ilirik.com/amy_mastura_--_sha_na_na.html

Gambar ikhsan http://farm2.static.flickr.com/1046/593587947_361dc0e1e9.jpg

Wallahualam bissawwab..

Halim Fansuri – 16 Januari 2011/11 Safar 1432H/1018H)

p/s: ... selamat liburan dehh!

Saturday, January 15, 2011

JANGANLAH ENGKAU MERENDAHKAN DIRI KEPADA ORANG KAYA

http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com/2008_03_01_archive.html


MAJLIS 29
Disampaikan Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani di Madrasah al-Ma’murah, hari Selasa, 11 Jamadilakhir 545H

Diriwayatkan dari Rasulullah saw bahawa baginda bersabda yang berbunyi:

“Barangsiapa yang merendahkan diri kepada orang kaya kerana mengharapkan apa yang ada padanya, hilanglah sepertiga daripada agamanya.”

Dengarlah wahai munafik. Ini adalah seorang yang merendahkan dirinya kepada orang kaya, kerana mengharapkan sesuatu daripadanya. Selanjutnya, bagaimana pula dengan orang yang solat, puasa dan haji kerana mereka dan menerima cercaan mereka?

Wahai orang-orang musyrik. Apa yang telah engkau miliki daripada-Nya dan berita apa yang telah disampaikan oleh Rasul-Nya? Islamlah kamu dan bertaubatlah dengan ikhlas sehingga imanmu menjadi bersih, keyakinanmu berkembang, dan pohon tauhidmu tumbuh dengan suburnya sehingga cabangnya menggapai ‘Arasy.

Wahai hamba. Jika engkau memelihara imanmu sehingga pohonnya tumbuh menjulang, maka Allah akan mencukupkan dirimu dengan dirimu sendiri, sehingga engkau tidak memerlukan orang lain. Allah akan mencukupkan keperluanmu, sehingga engkau tidak perlu lagi berusaha dan mencari keuntungan.

Allah Yang Maha Pemurah akan mengenyangkan jiwamu, hatimu dan batinmu, dan ditegakkan-Nya engkau di pintu gerbang-Nya, mencukupkan keperluanmu dengan mengingat-Nya, dekat kepada-Nya dan tenteram dengan-Nya. Sementara engkau tidak memperdulikan mereka yang meratah dan melahap dunia dengan rakusnya dan setiasa sibuk dengannya, engkau juga tidak akan perduli dengan mereka yang menggenggam dunia. Tetapi engkau akan memandang mereka dengan perasaan kasih sayang, kerana mereka berada di dalam kesusahan dan kegelapan.

Wahai orang yang mengaku berilmu. Engkau mengaku berilmu, tetapi engkau memburu dunia dari segala segi dan bentuknya, dan engkau merendahkan diri kepadanya. Allah telah menyesatkan engkau dengan ilmu yang sudah hilang barakahnya. Isinya telah musnah, yang tinggal hanyalah kulitnya.

Sementara engkau wahai orang yang mengaku beribadah, hatimu menyembah makhluk, takut dan berharap kepada mereka. Pada zahirnya engkau beribadah kepada Allah, sedangkan batinnya, ibadah itu adalah untuk manusia. Setiap harapan dan cita-citamu tertuju kepada apa yang ada di tangan mereka, baik berupa dirham, dinar atau harta benda dunia, mengharapkan pujian dan sanjungan daripada mereka. Kamu takut akan celaan dan berpalingnya mereka daripada engkau, takut kepada penolakan dan mengharapkan pemberian mereka dengan banyaknya rayuan, permohonan dan sikap merendah dirimu kepada mereka, serta lemah lembutnya kata-katamu di pintu-pintu mereka.

Celakalah engkau! Kamu musyrik, munafik, riak dan termasuk kepada golongan zindiq. Celakalah engkau wahai orang yang memalsukan diri, tidakkah engkau perhatikan firman Allah yang berbunyi:

“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat, dan apa yang disembunyikan oleh hati.”
(al-Mu’min: 19)

Celakalah kamu! Engkau berdiri di dalam solat dan lidahmu mengucapkan Allahu Akbar, sedangkan engkau berdusta dalam ucapan itu. Dalam hatimu, manusia adalah lebih agung daripada Allah. Bertaubatlah engkau kepada Allah dan janganlah engkau berbuat kebaikan untuk yang lain selain daripada-Nya, tidak untuk dunia dan tidak pula untuk akhirat.

Jadilah engkau sebagai seorang yang mengharapkan Dzat Allah. Berikanlah hak-hak ketuhanan kepada-Nya, janganlah engkau beramal kerana pujian dan sanjungan, dan jangan pula kerana diberi atau tidak diberi.



Nota: Dalam ‘Majlis 29’ nie ada panjang lagi intipatinya yang ternyata cukup indah dan penuh hikmah untuk dihadamkan. Mudah-mudahan perkongsian yang sedikit dari keseluruhan Majlis 29 ini memberikan manfaat kepada yang membaca. Wsalam.


Wednesday, January 12, 2011

Selamat Datang

wayang dalam bayang
bayang dalam wayang
wayang dalam wayang
bayang dalam bayang
wayang itu bayang
bayang itu wayang
wayang itu wayang
bayang itu bayang
wayang-wayang
bayang-bayang
siapa ...

Monday, January 10, 2011

TONGKAT BERCAHAYA

tersebut akan sebuah kisah
menderu angin timur
membiru langit selatan
melestari ufuk suratan 
kekasih dipertemukan


dia memasak bumi 
dengan tongkat sakti
pandanganku berbeda
kerana hatiku terpesona
pada tautan pandang pertama
menyaksikan tongkatnya sakti 
melimpahnya cahaya ke hati


indahnya karamah Tuhan
membuka hijab kebatinan
seribu tongkat membuai resah
Manhaj Rabbani mengatur hikmah
barakah setiap langkah
mengatur nafas alam dengan qalam 
kalimah indah bismillah .. ..
Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim






p/s: 
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"
kekasihku harimau berkaki tiga
kerana tongkatnya diambil kira

BEDA MALAM DAN SIANG



berbedakah malam dan siang?!
kerana hatiku lebih terang
kerana jiwaku lebih tenang
kerinduan ini membusar panah hingga ke langit
kecintaan ini meredamkan jagatraya nan bingit


amukan sangkakala fana
lebur dalam kembara malam 


berbedakah malam dan siang?!
kerana malam .. ..
seakan-akan menggamitku pulang

Saturday, January 1, 2011

MUKJIZAT AL QURAN - CAHAYA DI ATAS CAHAYA



Al Quran adalah mukjizat agung daripada Allah swt kepada Rasulullah saw, antara surah surah yang memiliki keistimewaan ialah Surah Al Kahfi terutama ketika dibaca pada penghulu segala hari yakni hari Jumaat. 


Surah Al Kahfi adalah surah Al Makkiyah yang memiliki 110 ayat. Terdapat banyak hadis yang menceritakan kelebigan surah ini. Sebahagiannya adalah yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab Shahihnya. Antanya ialah .. ..

"Rasulullah saw bersabda: Barang siapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah swt akan meneranginya dengan cahaya di antara dua kali Jumaat."
(H.R. Hakim di dalam Mustadrak)

Semuga kita meraih nikmat hakiki daripadanya.